Makanan Malaysia Mendunia: Dinobatkan terbaik di Expo Gourmet di Osaka

LocalFood
22 Aug 2025 • 12:45 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Malaysia sekali lagi mencuri perhatian di peringkat antarabangsa apabila hidangan tempatan dinobatkan sebagai No. 1 dalam tinjauan khas ‘Expo Gourmet’ yang dijalankan oleh Yomiuri TV di Expo 2025 Osaka.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pencapaian ini amat bermakna kerana tinjauan tersebut dilakukan di kalangan pemegang pas musim Expo 2025, iaitu pengunjung yang benar-benar kerap menikmati hidangan sepanjang pameran, bukan sekadar pelawat sekali sahaja.

“Kita selalu kata makanan Malaysia adalah hidangan paling lazat, dan pendapat ini dipersetujui oleh pengunjung Expo 2025 Osaka!

“Pencapaian ini amat bermakna kerana tinjauan ini dibuat dalam kalangan pemegang pas musim Expo 2025, jadi mereka ini memang selalu menikmati hidangan di Expo 2025, bukan sekadar pelawat yang datang sekali sahaja,” ujar beliau.

image is not available

Baca juga:

Beliau menambah, kejayaan ini membuktikan keunikan dan kehebatan masakan serta hospitaliti Malaysia di mata dunia.

Tengku Zafrul juga merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan yang terlibat di Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka atas usaha keras mereka yang membanggakan negara.