“Oh I Tak Ada Isteri” – Mahu Beri Buku Tentang ‘Bidadariku’, Pertemuan Ebit Lew & Sajat Raih Perhatian

EntertainmentLifestyle
1 Aug 2025 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pertemuan usahawan Sajat dan Ebit Lew di Singapura Expo mencuri tumpuan masyarakat di mana pendakwah bebas itu sempat menghadiahkannya produk dijualnya di ekspo tersebut.

Menerusi Instagram, Ebit Lew telah berkongsi detik pertemuan yang begitu santai di mana Sajat telah menyinggah ke booth dan mereka saling menyapa.

Ebit Lew kemudian menyerahkan hadiah iaitu buku dan produk sambal di dalam bekas mudah travel untuk dibawa balik usahawan itu ke Australia.

Pendakwah berkenaan turut menjemput warga Singapura untuk datang ke booth dia dan Sajat yang hanya berdekatan sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Interaksi di antara mereka meraih perhatian di mana ramai memuji cara Ebit Lew mendekati Sajat dan tidak double standard mahu pun melontarkan kata-kata kurang enak didengar.

image is not available image is not available

Dalam pada itu, ada juga yang menceritakan pengalaman bertemu dengan Sajat sebelum ini dan berkata usahawan tersebut sebenarnya berhati baik.

Bagus cara ustaz approach. Sajat ni baik sebenarnya, saya pernah berbual dengan dia secara peribadi. Cuma setiap manusia ada kelemahan termasuklah kita.

image is not available

image is not available

Tidak lupa juga segelintir individu yang mendoakan agar usahawan yang kini menetap di Australia itu diberikan hidayah untuk kembali ke fitrah asalnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-30 12:59:43

Sajat & Roslan Shah Buat Paranormal Di Kubur Bukit Brown, Terpaksa Berubat Sampai Muntah Darah?