Makanan Tradisional Sarawak, Ketahui ‘Tumpik’ Sajian Enak Penuh Nostalgia Di Bumi Kenyalang

7 May 2023 • 1:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tumpik sajian istimewa di Sarawak.

Makanan Tradisional Sarawak, Ketahui ‘Tumpik’ Sajian Enak Penuh Nostalgia Di Bumi Kenyalang. Tahukah anda di Sarawak terdapat satu makanan unik dengan rasa enak yang ramai tidak tahu kewujudannya. Sebut sahaja tumpik, tidak ramai generasi muda zaman kini yang mengetahui tentang kewujudan makanan ini.

Mana tidaknya, hidangan unik dan lazat ini merupakan salah satu makanan tradisonal yang popular pada zaman dahulu terutamanya bagi kaum Melanau di Sarawak.

image is not available
Makanan Tradisional Sarawak, Ketahui ‘Tumpik’ Sajian Enak Penuh Nostalgia Di Bumi Kenyalang. Sumber foto: FB Meradang Update

Rupanya seperti lempeng atau pizza

Rupanya seperti lempeng atau pizza, tumpik ini sebenarnya ada banyak variasinya sendiri. Ada yang menggunakan tepung sagu serta kelapa untuk menyediakan menu lazat ini, ada juga yang hanya menggunakan tepung gandum dengan garam sahaja dan ada juga sesetengah yang meletakkan topping di atas tumpik mereka bagi melazatkan lagi menu ini.

Tetapi tumpik Sarawak ini kebiasaannya dimasak bersama parutan kelapa dan tepung sagu (lemantak) dan dimakan bersama gula apong. Hidangan istimewa ini biasanya dijadikan menu sarapan pagi atau menu makan petang.

image is not available
Sumber foto: I Love Borneo

image is not available
Sumber foto: FB Meradang Update

Hidangan penuh nostalgia

Tumpik ini merupakan salah satu hidangan yang boleh mengimbau semula rasa nostalgia rakyat Sarawak kerana ia merupakan makanan yang dicipta pada zaman Jepun menjajah Bumi Kenyalang.

Oleh kerana beras amat sukar didapati pada zaman tersebut, menu tumpik bersama gula apong ini menjadi penyelamat masyarakat di Sarawak pada satu ketika dahulu serta menjadi alternatif lain bagi menggantikan ketiadaan beras.

Tumpik adalah sajian yang enak serta mempunyai banyak kisah disebaliknya. Diharap agar generasi muda kita sekarang boleh mengekalkan terus mewarisi menu ini sehingga bila-bila.

Ini kedai makan yang menyediakan Tumpik di Sarawak untuk anda: