Biarpun ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman, terdapat segelintir netizen yang masih meninggalkan komen negatif terhadap mereka.
AdvertisementEnggan terus berdiam diri melihat isterinya kerap menjadi sasaran kecaman, Fattah tampil mempertahankan Amira dalam sebuah sesi siaran langsung mereka.
View this post on Instagram
Dalam video tersebut, Fattah dengan nada lembut namun tegas mengajak netizen untuk menjaga tutur kata ketika memberi komen.
Nak komen boleh tapi janganlah kutuk-kutuk.
Cakap baik-baik, jangan cakap benda tak baik. Kita hidup ni kena cakap yang baik-baik.Cakap itu satu doa. Janganlah buat Mira terbaca ayat yang tak baik itu.
Amira yang berada di sisi Fattah turut berkongsi bahawa ada seorang individu yang konsisten meninggalkan komen berbaur kecaman di mana sahaja namanya muncul.
View this post on Instagram
Dia memang suka kutuk saya dekat semua portal. Saya sampai hafal nama dia, Kak Hamidah Ismail. Ada muka saya, ada dia.
Walaupun menjadi sasaran komen negatif, Amira mengambil pendekatan berlapang dada dan mendoakan yang baik-baik untuk individu tersebut.
Rasa kelakar… kesian la makcik itu. Dia tak suka kita, tapi mudah-mudahan dia dapat hidayah la.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bekas Isteri Nak Jadi Artis? Ini Respon Nubhan - "Dia Nak Jadi Selebriti, Doktor Gigi Ke Apa Saya Sokong"
The post Makcik Hamidah Ismail, Jaga-Jaga Amira Othman Dah Hafal Nama – “Dia Selalu Kutuk Saya, Sampai Boleh Ingat” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

