“Make up sikit tak boleh” – Murid Luah Malas Pergi Jamuan Raya Sekolah, Dakwa Peraturan Makin Mengarut

Entertainment
16 Apr 2025 • 1:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri, sudah tentu sekolah akan menganjurkan jamuan raya iaitu antara aktiviti yang diadakan dalam takwim sekolah.

Jamuan raya di sekolah pastinya dinanti-nantikan para pelajar kerana ketika inilah dapat menikmati pelbagai juadah dan bermesraan sesama pelajar dan guru.

Bagaimanapun, satu perkongsian seorang gadis yang meluahkan rasa berat hati untuk menghadiri jamuan raya sekolah telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dakwa murid tersebut, sekolahnya mengenakan peraturan tidak masuk akal sehinggakan dia berasa tidak begitu teruja untuk menghadiri jamuan raya itu.

“Sekarang makin malas nak pergi jamuan raya di sekolah sebab peraturan sekolah makin lama makin mengarut.

“Kata nak happy tapi make up sikit tak boleh, tudung shawl tak boleh pakai, phone tak boleh bawa, wajib kasut sekolah. Baik tak payah buat jamuan,” luahnya.

image is not available

Nama pun jamuan…

Namun, luahan murid itu mendapat kritikan dalam kalangan netizen. Salah seorang pengguna TikTok menasihati murid tersebut supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan sekolah tanpa mengeluh.

“Peraturan sekolah memang tidak pernah berubah. Salah jika tidak puas hati dengan peraturan sekolah. Belum ada lagi sekolah yang benarkan pelajar untuk bersolek kecuali pihak pentadbiran memberikan kebenaran sedemikian,” katanya.

Dia juga menyatakan pelajar masa kini sepatutnya berasa untung kerana mengikut pengalamannya semasa zaman persekolahan dahulu, hanya perlu memakai baju sekolah ketika jamuan raya.

Meninjau ke ruangan komen, netizen juga meminta supaya mereka yang bergelar pelajar sepatutnya lebih fokus kepada juadah dan bukannya tentang penampilan diri melainkan ada aktiviti tambahan ketika majlis.

image is not available image is not available image is not available

Mungkin ada sebab kenapa sekolah mengeluarkan peraturan sebegitu.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.