“Makin Banyak Cakap, Takut Terselak Kain Sendiri” – Sharnaaz Ahmad Tak Akan Tarik Diri Dari Sebarang Filem Arahan Syamsul Yusof

Entertainment
24 Mar 2023 • 2:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi media sosial Twitter ada digesa sesetengah individu yang menyuruhnya menarik diri daripada sebarang filem arahan pengarah Syamsul Yusof.

Namun, ujar Sharnaaz, dia tidak bersetuju dengan gesaan tersebut kerana apa isu yang berlaku kepada Syamsul kini adalah bersifat peribadi.

Dalam kata lain, Sharnaaz memilih untuk bersikap profesional kerana masih terikat dengan penggambaran filem tersebut dan telah memberikan sepenuh hati bagi menjayakannya.

image is not available

Sumber : Instagram  

Jika Malaysia tidak mampu menghargai karya dan penat lelah setiap kru, pelakon, director hanya disebabkan mulut satu dua orang yang ingin menghancurkan usaha dan pengorbanan kami, itu sangat tidak adil.

image is not available

Sumber : Instagram  

image is not available

Sumber : Instagram  

Ramai lagi mulut dalam team Original Gangster yang perlu disuap, anak-anak mereka. Jangan disebabkan amarah anda, dibunuh periuk nasi orang-orang di belakang tabir ni.

Dia dalam pada itu turut menasihatkan wartawan dan netizen di luar sana agar bijak menilai dan tidak mudah cepat percaya dengan apa yang ‘dihidangkan’ di media sosial kerana belum tentu ia benar dan sebaliknya.

image is not available 3 hari lalu

"Harap Dapat Kurang Memaki Di Twitter" - Video Azwan Ali Mengaji Al-Fatihah Jadi Tumpuan Netizen, Ramai Puji Suara Sedap