Makin Berseri! Amira Othman Kongsi Foto Di Instagram, Hael Husaini Komen; “Happy Kawan Bahagia”

4 Jan 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Amira Othman sekali lagi menyorot perhatian apabila menjadi ‘bahan’ usikan rakan artis dan netizen. 

 

Menerusi perkongsian di Instagram, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, dilihat mempromosikan hijab daripada satu jenama.

Rakan selebriti komen

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila rakan selebriti Hael Husaini dan Indah Ruhaila turut meninggalkan komen usikan kepada pelantun lagu Hati-Hati itu. 

 

“Happy kawan bahagia,” komen Hael. 

 

“Kenapa berseri-seri ek,” komen Indah. 

Sekadar info, Amira Othman sebelum ini berkongsi video rangkuman 2024 memperlihatkan seorang lelaki bertopi dan memakai cermin mata hitam.

 

Susulan hantaran tersebut, rata-rata netizen tertanya-tanya tentang identiti lelaki  itu dan ada juga yang mendakwa bahawa individu berikut merupakan Fattah Amin.

View Original Article