“Makin Biar Makin Biadap” – Ibu Zahirah MacWilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang Sejak 2024

Family & Parenting
28 Jun 2026 • 3:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa luahan di media sosial mengenai hubungan kekeluargaan.

Menerusi perkongsian itu, Maslinda mendakwa hubungannya dengan anak sudah tidak lagi rapat sejak Ogos 2024 dan usahanya untuk memperbaiki keadaan sebelum ini tidak diterima.

Dakwa nak jumpa cucu pun bersyarat

Dalam sebelum ini, Maslinda meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa urusan untuk bertemu cucu juga mempunyai syarat tertentu.

ibu zahirah macwilson

Maslinda kemudian menjelaskan bahawa dia dan suami sudah beberapa kali turun ke Kuala Lumpur bagi cuba memulihkan hubungan tersebut secara tertutup.

Menurutnya, usaha itu turut dilakukan melalui seorang ustaz sebagai orang tengah, namun tidak diterima.

ibu zahirah macwilson

Katanya, semakin lama perkara itu dibiarkan, keadaan menjadi semakin melampau sehingga membuatkan dirinya tidak lagi mampu berdiam diri.

ibu zahirah macwilson

Bagaimanapun, Maslinda tidak memperincikan punca sebenar hubungan mereka menjadi renggang.

Setakat artikel ini ditulis, Zahirah belum dilihat mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka berhubung perkongsian ibunya itu.

Pssttt! Semoga semua pihak diberi ruang untuk berbincang dengan tenang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Dalam keadaan emosi sedang terluka, ada baiknya perkara sensitif seperti ini diselesaikan secara tertutup agar tidak semakin mengeruhkan keadaan.

Kredit: Instagram Maslinda Yusoff
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Makin Biar Makin Biadap” – Ibu Zahirah MacWilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang Sejak 2024 appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved