“Anak saya lebih takut kepada media sosial dari kemurkaan Allah” -Ibu Zahirah MacWilson

EntertainmentLifestyle
28 Jun 2026 • 2:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu pelakon Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff telah berkongsi hantaran yang mengejutkan apabila seakan kesal dengan anaknya walaupun tidak menyebut nama secara terbuka.

Dah beberapa kali turun KL mahu selesaikan masalah

Menerusi perkongsian terbaru di platform Thread, Maslinda mendedahkan bahawa hubungannya dengan anak sudah tidak begitu rapat sejak tahun 2024 lagi.

Ujarnya, sudah banyak kali dia dan suami balik ke Malaysia bagi memulihkan semula hubungan dengan anak tersayang, namun tidak berhasil.

“Dah berapa kali saya dan suami turun ke KL cuba memulihkan dan memperbaiki keadaan, secara tertutup dan melalui ustaz sebagai orang tengah, tetapi tidak diterima.
“Dah lama saya berdiam diri dan bersabar, tapi bila dia WhatsApp saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati saya, kesabaran saya terus hilang, Allahuakbar!” tulisnya.

Image from: “Anak saya lebih takut kepada media sosial dari kemurkaan Allah” -Ibu Zahirah MacWilson

Tindakan anak dah melampau

Ujar Maslinda lagi, dia merasakan tindakan anaknya sangat biadap dan melampau sehingga mengambil keputusan untuk menulis di media sosial.

“Saya tahu anak saya lebih takut kepada media sosial dari kemurkaan Allah” tegasnya.

Di akhir kenyataan tersebut, ibu kepada Zahirah menyatakan dirinya sudah tidak berdaya lagi dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.

Image from: “Anak saya lebih takut kepada media sosial dari kemurkaan Allah” -Ibu Zahirah MacWilson

Jumpa cucu kena ada syarat?

Sebelum ini, Maslinda ada memaklumkan dirinya berasa ralat apabila tidak dapat bertemu dengan cucu sendiri memandangkan perlu mematuhi beberapa syarat yang dikenakan.

Image from: “Anak saya lebih takut kepada media sosial dari kemurkaan Allah” -Ibu Zahirah MacWilson

Hantaran tersebut menjadi perhatian ramai dan membuatkan netizen tertanya-tanya tentang hubungan ibu Zahirah dengan anak-anaknya.

Sumber: Thread maskindayusoff

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved