Makin Kurus, Netizen Tuduh Vida Potong Usus? Ini Jawapan DSV…

Entertainment
8 Nov 2022 • 3:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, penampilan usahawan kosmetik Dato’ Seri Vida semakin mendapat perhatian warganet kerana penampilannya yang didakwa semakin kurus.

Bukan itu sahaja, dari segi pemakaian sehingga saiz bibir atau pun apa sahaja yang dikongsikan oleh Vida di media sosial pasti akan menjadi bualan hangat warganet.

Baru-baru ini, penampilan baharu Dato’ Seri Vida sekali lagi menjadi bahan bualan apabila dia dikatakan kelihatan sedikit langsing berbanding gambar-gambar sebelum ini.

Warganet juga tertarik dengan kapsyen yang ditulis oleh Vida itu yang menunjukkan seolah-olah tubuhnya kini semakin langsing.

“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dato buat ‘bariatric surgery’ ke?

image is not available

Oleh itu, pengikut Vida telah meninggalkan komen dan pertanyaan adakah dia melakukan pembedahan bariatrik atau lebih dikenali dengan panggilan pembedahan potong usus atau perut.

Bagaimanapun, Vida telah menepis tuduhan itu dan menegaskan yang dia tidak pernah menjalani sebarang pembedahan untuk kelihatan kurus.

Netizen puji DSV makin cantik..

image is not available

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen, menyokong dan memberikan kata semangat kepada penyanyi ‘Ku Ikhlaskan’ itu untuk meneruskan usaha gaya hidup yang sihat ini.

Selain itu, ada juga warganet yang berpendapat, pemakaian ringkas tanpa barang kemas yang berlebihan sangat sesuai dengan gaya Vida.

Ini dia jawapan dari tuan empunya badan, semoga netizen-netizen semua lepas ni tak buat spekulasi lagi dah..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.