Makin Rapat Dengan Keluarga, Lisa BLACKPINK Dilihat Luang Masa Bersama Kakak Ipar Frédéric Arnault

Entertainment
6 Feb 2024 • 11:10 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pada 5 Februari, laman komuniti atas talian telah heboh selepas berita mengenai Lisa dan Frédéric Arnault bersama di Miami, Amerika tular.

Menurut sumber, ahli BLACKPINK itu dikatakan telah pergi berasingan dengan teman lelakinya bagi mengelakkan dari menarik perhatian ramai.

Meskipun begitu, keberadaan mereka di tempat tersebut telah diketahui ramai selepas video yang menunjukkan Lisa berjalan bersama dengan abang serta kakak ipar Frédéric Arnault dimuat naik di media sosial.

Ianya telah diketahui ramai bahawa Lisa pergi ke Miami untuk menghadiri sebuah acara yang dianjurkan oleh jenama yang berkaitan dengan keluarga Frédéric Arnault.

Tetapi, hubungan rapat Lisa bersama dengan kakak ipar lelaki tersebut telah menjadi perbualan ramai sekaligus menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan bahawa ahli BLACKPINK mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Frédéric Arnault.

Sebelum ini, kakak ipar Frédéric, iaitu Geraldine Guyot telah beberapa kali berinteraksi bersama dengan Lisa di media sosial miliknya. Namun, ini kali pertama mereka dilihat muncul di dalam gambar yang sama.

Walaupun sering ditangkap meluangkan masa bersama, Lisa dan Frédéric masih lagi belum mengesahkan dan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan yang terjalin di antara mereka.

Lisa keluar jalan-jalan dengan bakal keluarga ke tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.