Makin tua bukan sunyi, tapi naik pelamin

Health & FitnessLifestyle
7 Sep 2026 • 3:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Makin tua bukan sunyi, tapi naik pelamin

PETALING JAYA – Usia yang semakin meningkat tidak seharusnya menjadi alasan untuk seseorang berhenti bersosial, mencari kebahagiaan atau membina hubungan baharu, malah ia masih boleh diwarnai dengan pelbagai fasa menggembirakan termasuk berkahwin.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook menekankan, bahawa penuaan sihat bukan sekadar bebas daripada penyakit, sebaliknya turut merangkumi aspek emosi, sosial dan tujuan hidup.

Menurut hantaran itu, tanggapan bahawa kehidupan akan menjadi semakin perlahan, sunyi dan kurang berwarna apabila usia meningkat tidak semestinya benar.

“Penuaan sihat bukan sekadar bebas penyakit. Ia juga tentang terus ada tujuan hidup, terus bergerak aktif, terus berhubung dengan orang sekeliling dan terus rasa bahawa hidup ini masih bermakna,” kata PHM.

PHM berkata, seseorang yang masih mampu membina hubungan baik, menjaga emosi, mengekalkan keyakinan diri serta melalui fasa baharu dalam kehidupan juga merupakan sebahagian daripada proses penuaan sihat.

Dalam masa sama, PHM juga mengetengahkan perkahwinan sebagai antara bentuk kebahagiaan yang masih boleh dirasai pada usia lanjut.

“Kadang-kadang, kebahagiaan di usia lanjut bukan datang daripada benda besar pun. Cukup dengan rasa dihargai. Cukup dengan ada teman. Cukup dengan hati yang masih hidup.

“Dan ya, kadang-kadang, ia datang dalam bentuk naik pelamin. Usia mungkin bertambah, tetapi harapan, kasih sayang dan kebahagiaan tidak semestinya berhenti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Makin tua bukan sunyi, tapi naik pelamin appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved