Pada mulanya keluarga menyangka ia perkara biasa kerana usia.
Tetapi perlahan-lahan, ibu mula:
• Perlu berpaut untuk bangun dari kerusi
• Berjalan semakin perlahan
• Sukar menaiki tangga
• Tidak mampu mengangkat barang seperti dahulu
• Kerap hilang keseimbangan atau hampir terjatuh
• Lengan dan paha kelihatan semakin mengecil
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sarcopenia, kehilangan kekuatan, saiz dan fungsi otot yang berlaku secara beransur-ansur. Kekuatan otot yang semakin lemah merupakan antara petunjuk terpenting, bukan sekadar melihat tubuh semakin kurus.
Sarcopenia bukan hanya menyebabkan seseorang kelihatan lemah. Ia boleh meningkatkan risiko jatuh, patah tulang, hilang keupayaan mengurus diri dan akhirnya bergantung kepada orang lain.
Risikonya lebih tinggi apabila seseorang:
• Jarang bergerak atau banyak berbaring
• Kurang makan, terutama sumber protein
• Mengalami penurunan berat badan
• Menghidap penyakit kronik
• Lama dimasukkan ke hospital
• Tidak melakukan latihan kekuatan
Berjalan memang baik, tetapi otot juga perlu dilatih.
Mulakan dengan aktiviti mudah seperti bangun dan duduk dari kerusi, menaiki tangga, mengangkat botol air atau menggunakan resistance band. Aktiviti menguatkan otot disarankan sekurang-kurangnya dua hari seminggu, mengikut kemampuan dan tahap kesihatan masing-masing.
Pastikan juga pengambilan makanan mencukupi, termasuk sumber protein seperti ikan, ayam, telur, susu, tauhu, tempe dan kekacang.
Jangan tunggu sehingga ibu atau ayah terjatuh baru menyedari mereka sudah kehilangan banyak kekuatan.
Semakin awal dikesan, semakin banyak fungsi dan kebebasan mereka yang masih boleh dipertahankan.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) is a content creator under the Newswav Creator programme, where you get to express yourself, be a citizen journalist, and at the same time monetize your content & reach millions of users on Newswav. Log in to creator.newswav.com and become a Newswav Creator now!
The User Content (as defined on Newswav Terms of Use) above including the views expressed and media (pictures, videos, citations etc) were submitted & posted by the author. Newswav is solely an aggregation platform that hosts the User Content. If you have any questions about the content, copyright or other issues of the work, please contact creator@newswav.com.
