Maklum Balas, Bantahan Terhadap Pulau 2030 Akan Diteliti

6 Jan 2023 • 9:39 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tempoh pameran Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 telah dilanjutkan daripada Oktober tahun lepas kepada 10 Januari ini - Gambar Fail

GEORGE TOWN - Segala maklum balas dan bantahan terhadap Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) 2030 akan diteliti oleh satu jawatankuasa sebelum pelan itu dimuktamadkan, kata Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang.

“Tempoh pameran draf rancangan tempatan itu telah dilanjutkan daripada Oktober tahun lepas kepada 10 Januari ini.

“Setakat ini, kita telah menerima lebih 1,500 serahan termasuk aduan, cadangan dan maklum balas. Jawatankuasa berkenaan akan meneliti semua perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas AnugerahCemerlang Warisan Seratus Tahun Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Penang Forum mengetengahkan kesilapan yang terdapat dalam draf berkenaan seperti Menara Jam Peringatan Victoria bernama ‘Menara Jam Queen Elizabeth’ dan Dewan Mahatma Gandhi telah disalah eja sebagai ‘Dewah Mahatma Ghani’.

Selain itu, mercu tanda terkenal seperti Penang Free School, Rex Cinema, College-General Catholic Seminary, Masjid Maqbul, dan Wadda Gurdwara Sahib tiada dalam senarai warisan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved