Maklumat Diri Sama Tapi Muka Orang Lain Dalam Aplikasi JPJ, Netizen Minta Penjelasan Pihak Berkuasa

Entertainment
11 Mar 2024 • 5:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui kerajaan memperkenalkan inisiatif baharu dengan mewujudkan pendigitalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) menerusi aplikasi MyJPJ.

Dengan sistem pendigitalan ini, ia memudahkan serta mengatasi isu kesesakan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila orang ramai mahu memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna meluahkan kegusaran apabila mendapati gambar berukuran pasport dalam Lesen Belajar Memandu di aplikasi MyJPJ bukan dirinya meskipun maklumat semuanya betul.

“I buka aplikasi JPJ tiba-tiba ada lesen tapi muka cina pelusuk mana tak tahu. Nama, IC, alamat semua betul muka je bukan muka I,” tulisnya menerusi satu hantaran di platform X.

image is not available

Hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen meminta wanita terbabit membuat laporan polis kerana ia dilihat sebagai kes kecurian identiti dan dikhuatiri akan disalah guna untuk tujuan jenayah.

image is not available image is not available

Ramai dakwa terkena isu sama?

Meninjau ke ruangan komen hantaran itu, beberapa netizen mendakwa turut mengalami situasi sama apabila gambar yang tertera dalam lesen digital mereka bukanlah gambar mereka sendiri.

Dakwa salah seorang mangsa, pegawai JPJ menyatakan ramai sudah terkena ketika dia hendak mengadu isu berkenaan.

image is not available image is not available

Justeru, netizen meminta penjelasan daripada pihak berkuasa mengenai isu tersebut kerana risau akan kebocoran data peribadi yang boleh mengundang bahaya pada masa akan datang.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.