Maklumat Melalui Akaun Media Sosial Ini Adalah Palsu – JPM

Politics
7 Dec 2022 • 11:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Maklumat Melalui Akaun Media Sosial Ini Adalah Palsu – JPM

Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menegaskan bahawa hantaran yang tular di media sosial adalah maklumat palsu yang dibuat daripada akaun satira Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

image is not available
Kredit: FB JPM

“JPM ingin merujuk kepada posting yang tular di media sosial khususnya di Twitter bertajuk ‘Pengiktirafan UEC akan di bincangkan di peringkat Kementerian dan usul ini akan diluluskan kelak oleh Kerajaan Perpaduan selaras dengan manifesto Pakatan Harapan.

“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah Palsu. Tidak pasti, jangan kongsi!”

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang dibuat menerusi laman Facebook rasmi JPM.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai untuk mendapatkan berita sahih dengan merujuk kepada akaun media sosial rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, Anwar Ibrahim hanya mempunyai satu akaun di setiap platform media sosial. Untuk mengetahui laman rasmi Perdana Menteri, boleh rujuk pautan di bawah.

Akaun Media Sosial Rasmi Anwar Ibrahim

Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri untuk berita sahih melalui pautan berikut:

Facebook 𝐀𝐧𝐰𝐚𝐫 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦:
https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial?mibextid=LQQJ4d

Twitter @𝐚𝐧𝐰𝐚𝐫𝐢𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦:
https://twitter.com/anwaribrahim?s=11…

Instagram @𝐚𝐧𝐰𝐚𝐫𝐢𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦_𝐦𝐲:
https://instagram.com/anwaribrahim_my?igshid=YmMyMTA2M2Y=

TikTok @𝐚𝐧𝐰𝐚𝐫𝐢𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦𝐨𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥:
https://www.tiktok.com/@anwaribra