Maklumat palsu MyKad: Dua lelaki ditangkap

LocalPolitics
31 Jan 2026 • 3:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Pegawai penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan dua lelaki yang disyaki memberikan maklumat palsu berkaitan permohonan MyKad.

JPN Sabah memaklumkan lelaki pertama ditahan pada jam 10.30 pagi, 23 Januari lalu, di JPN Semporna.

Suspek dipercayai telah memberikan maklumat palsu sebagai penaja bagi permohonan MyKad di JPN Kinabatangan pada 2 Ogos 2016.

Pada jam 11.30 pagi hari yang sama, seorang lagi lelaki turut ditahan dan dipercayai telah memberikan maklumat palsu sebagai penaja bagi permohonan MyKad di JPN Kinabatangan pada 3 April 2017.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Menurut JPN Sabah, pihaknya akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras cubaan penipuan, pemalsuan maklumat serta penyalahgunaan prosedur pendaftaran bagi memastikan integriti sistem pendaftaran negara.