Maklumat pelanggan mungkin terjejas susulan insiden siber Amadeus – Malaysia Airlines

LocalTechnology
1 Nov 2026 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Maklumat pelanggan mungkin terjejas susulan insiden siber Amadeus – Malaysia Airlines
MAB memberi jaminan bahawa sistem teknologi maklumat miliknya tidak terjejas.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd (MAB) memaklumkan maklumat sebahagian pelanggannya mungkin terjejas susulan insiden keselamatan siber melibatkan Amadeus, penyedia teknologi tempahan penerbangan pihak ketiga syarikat penerbangan itu.

"Insiden itu mungkin menjejaskan maklumat pelanggan tertentu yang diproses melalui Amadeus antara Ogos 2023 hingga September 2026,” menurut kenyataan MAB yang disiarkan di laman webnya pada Sabtu (31 Oktober).

Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional itu memberi jaminan bahawa sistem teknologi maklumat miliknya tidak terjejas, dan setakat ini tiada bukti yang menunjukkan maklumat kewangan telah diakses.

"Kami memandang serius perkara ini dan sedang bekerjasama rapat dengan Amadeus dan pihak berkaitan untuk menyiasat insiden berkenaan dan menilai kesannya.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menggalakkan pelanggan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang komunikasi yang mencurigakan atau tidak diminta, terutama yang mahukan maklumat peribadi atau kewangan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MAB privasi dan perlindungan maklumat pelanggan kekal menjadi keutamaan dan pihaknya akan berkongsi perkembangan selanjutnya sekiranya mendapat maklumat yang lebih terperinci. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved