Maklumat tular mengenai kenaikan gaji PDRM adalah palsu: JPM

30 Nov 2022 • 4:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan satu poster yang tular di media sosial bertajuk ‘PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat’.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, JPM berkata kenyataan itu adalah palsu.

Sambil menyertakan tangkap layar poster berkenaan, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi. Untuk berita sahih boleh rujuk akaun media sosial rasmi JPM melalui Facebook; Twitter; Instagram dan TikTok,” menurutnya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved