Poster kenaikan tangga gaji PDRM palsu

30 Nov 2022 • 1:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JPM memaklumkan poster yang tular berkaitan kenaikan tangga gaji PDRM adalah palsu.

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan poster yang tular di media sosial berkaitan kenaikan tangga gaji Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah palsu.

Menerusi gambar yang dikongsi di Facebook JPM, poster tersebut memaparkan tajuk ‘PM - Kenaikan tangga gaji PDRM akan diumumkan dalam masa terdekat’.

"Maklumat pada poster tersebut adalah palsu.

"Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," katanya di Facebook pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, orang ramai diminta merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok untuk berita sahih.