Malaika Arora Dan Arjun Kapoor Bakal Berkahwin?, Malaika Kata Ya, Bikin Netizen Tidak Keruan 

Entertainment
10 Nov 2022 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Malika Arora dikatakan bakal mengahwini Arjun Kapoor. - Gambar Instagram Malaika Arora

Selebriti Malaika Arora dan aktor Arjun Kapoor telah bertahun menjalinkan hubungan cinta. Namun, 

kedua-dua mereka telah mengambil waktu mereka sendiri untuk mengumumkan percintaan mereka kepada khalayak umum.  

Mereka telah membuat pengumuman rasmi mengenai hubungan cinta mereka menerusi media platform, Instagram.

Pasangan sejoli ini juga sering mencetuskan spekulasi mengenai perkahwinan sehingga netizen kerap bertanya bila mereka akan berkahwin? 

Lagipun. Hubungan cinta mereka dilihat begitu stabil, jadi tentulah ramai yang mengharapkan hubungan mereka akan menginjak ke fasa yang seterusnya. 

image is not available

Hantaran yang dimuat naik Malaika Arora yang juga bekas isteri kepada aktor Aarbaz Khan (adik Salman Khan) di Instagram miliknya sebentar tadi telah mengundang tanya-tanya ramai. 

Dengan memuatnaik sebuah gambar yang memperlihatkan dia di dalam keadaan malu-malu dengan kapsyen yang tertera: “I said YES” serta emoticon berbentuk hati, ia membuatkan netizen berasa sungguh tidak keruan. 

Apa yang dimaksudkan Malaika Arora menerusi hantaran itu. Adakah Arjun Kapoor telah pun melamarnya?  Walaupun netizen masih bingung, namun mereka telah memberikan ucapan tahniah buat Malaika! – Getaran, 10 November 2022