Berjuraian Air Mata Ziana Zain, Bila Tengok Syamel Sebak Nyanyi Lagu 'Bila Kau Tiada' 

Music
24 Oct 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Beberapa kali Ziana dilihat menyapu air matanya dengan tisu di tangan. - Gambar oleh Ellyna Ali (Diambil menggunakan Poco) 

Malam tadi telah berlangsung konsert Syamel dan Ernie Zakri Aku Cinta di Zep Kuala Lumpur, sekaligus merealisasikan impian pasangan selebriti ini untuk beraksi di dalam konsert mereka sendiri. 

image is not available
Gambar oleh Ellyna Ali (Diambil menggunakan Poco)

Banyak momen yang tercetus di dalam konsert mereka ini. Namun, momen yang sukar dilupuskan daripada ingatan apabila Syamel membawakan lagu, 'Bila Kau Tiada' yang didedikasikan buat Allahyarham ibunya, Wan Faaizah Karim.

Ibu Syamel yang selama ini menjadi kekuatan dan tonggak utama dalam kerjaya seninya Syamel telah menyahut seruan Ilahi pada Ogos lalu.

Tatkala membawakan lagu ini, Syamel tidak dapat menahan sebak sehingga turut menitiskan air mata. Bahkan, ada ketikanya dia tidak dapat meneruskan bait lagu itu. 

image is not available
Gambar oleh Ellyna Ali (Diambil menggunakan Poco)

Kesedihan Syamel turut dirasakan seluruh penonton yang berada di dalam dewan Zepp termasuk penyanyi tersohor Ziana Zain yang juga ibu saudara kepada Ernie. Ziana hadir di konsert itu bersama Anuar Zain. 

Beberapa kali Ziana dilihat menyapu air matanya dengan tisu di tangan. Sebagai seorang yang bergelar ibu, pasti dia juga dapat merasai ratapan seorang anak seperti Syamel. – Getaran, 24 Oktober 2022