Malakat Mall Cyberjaya akan ditutup, tarikh akhir beroperasi pada 31 Julai ini

18 Jul 2024 • 9:02 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pengasas Malakat Mall, Fadzil, hari ini mengumumkan bahawa Malakat Mall Cyberjaya bakal ditutup dan hari terakhir beroperasi adalah pada 31 Julai 2024.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasminya hari ini, Fadzil menjelaskan Malakat Mall yang dibuka sejak 13 Mac 2020 itu ditutup bagi membolehkan pihaknya meneroka model perniagaan baru.

“Operasi syarikat akan diteruskan dalam skala yang lebih kecil. Dalam tempoh empat tahun ini terutamanya selepas endemik, terdapat pelbagai cabaran.

“Sempena penutupan premis fizikal Malakat Mall Cyberjaya, kami ingin mengumumkan Penjualan Penutupan Malakat Mall dengan diskaun aset-aset sehingga 70 peratus mulai Sabtu 20 Julai hingga 31 Julai.

“Imej Pasar mesra Muslim dan usahawan adalah imej Malakat Mall yang tidak akan terhenti di sini dan mesti diteruskan dalam apa jua bentuk yang bersesuaian.

“Kami akan bina kekuatan asas kumpulan kami dengan memberi fokus kepada sistem dalam talian. Semoga usahaini akan mencapai kejayaan di masa hadapan.

“Terima kasih di atas sokongan anda semua sepanjang Malakat Mall beroperasi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved