Malakat Mall di Cyberjaya ditutup selepas hampir 4 tahun beroperasi

LocalBusiness & Finance
18 Jul 2024 • 7:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kompleks beli belah Malakat Mall di Cyberjaya, mengumumkan penutupannya secara rasmi pada 31 Julai ini selepas hampir empat tahun beroperasi.

Menerusi satu kenyataan, kompleks beli-belah itu akan mengadakan jualan penutupan dengan pemberian diskaun dan harga serendah RM1 untuk pelbagai barangan.

“Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa Malakat Mall akan ditutup secara rasmi pada 31 Julai 2024.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia yang telah menyokong kami selama ini,’’ katanya.

image is not available
Malakat Mall dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan, kompleks beli-belah itu akan mengadakan jualan penutupan dengan pemberian diskaun dan harga serendah RM1 untuk pelbagai barangan. - Gambar FB Malakat Mall, 18 Julai, 2024

Antara barangan yang akan dijual murah ialah pakaian, kasut, aksesori, buku, alat tulis, barangan rumah dan produk makanan serta minuman.

Ia terletak di bandar teknologi Cyberjaya, dan terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat dengan sasaran pembukaannya pada 2020 lalu melibatkan lebih 15,000 pelanggan dalam tempoh sebulan pertama.

Malakat Mall juga mempraktikkan amalan patuh syariah serta menghidupkan syariat Islam seperti laungan azan, solat berjemaah dan solat Jumaat. - 18 Julai, 2024