Malam Kemuncak AIM25 Tampilkan Barisan Pengacara, Persembahan Dan Penyampai Anugerah Bertaraf Bintang

LocalMusic
11 Sep 2026 • 12:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Malam Kemuncak AIM25 Tampilkan Barisan Pengacara, Persembahan Dan Penyampai Anugerah Bertaraf Bintang

KUALA LUMPUR, 9 September 2026 – Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), edisi Jubli Perak bagi anugerah muzik paling berprestij di Malaysia, bakal menghimpunkan barisan artis serta personaliti industri muzik paling tersohor negara pada malam kemuncaknya yang akan berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada Sabtu, 26 September 2026.

Menandakan penganjuran AIM buat julung kalinya di Sarawak, sambutan Jubli Perak yang dinanti-nantikan ini akan menampilkan barisan pengacara, penghibur dan penyampai anugerah yang dinamik, menjanjikan sebuah malam yang meraikan karya terbaik industri muzik Malaysia sambil mengetengahkan kepelbagaian bakat tempatan.

AIM25

Barisan Pengacara Dan Persembahan Bertaraf Bintang

Majlis berprestij ini akan dikendalikan oleh pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya, bersama personaliti TVS, Sheera Abang Mansur.

Malam kemuncak AIM25 akan turut dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal dan bakat baharu yang terdiri daripada:

  1. Adira Suhaimi

  2. Anggrek

  3. Akim Ahmad

  4. Alena Murang

  5. Amir Masdi

  6. Azlan Typewriter

  • Bunga

  • Dato’ Sri Siti Nurhaliza

  • Estranged

  • Fajar Noor

  • Firdhaus

  • Hael Husaini

  • Hafiz Suip

  • HUJAN

  • Luqman Podolski

  • Marsha Milan

  • Mimifly

  • Persembahan Artis Baru Terbaik

  • Barisan persembahan ini mencerminkan sambutan AIM25 terhadap landskap muzik Malaysia yang pelbagai dan rancak, dengan menghimpunkan artis tersohor, bakat baharu serta penggiat muzik dari pelbagai wilayah. Antara sorotan utama ialah penampilan artis Indonesia, Fajar Noor, yang membawa dimensi serantau kepada sambutan tahun ini, di samping barisan artis Malaysia terkenal seperti HUJAN, serta persembahan daripada Adira Suhaimi, Hafiz Suip, Akim Ahmad, Hael Husaini, Marsha Milan dan pelbagai nama besar lain dalam industri muzik tempatan.

    Empat finalis kategori Artis Baharu Terbaik, iaitu Rezza Shah, Ary Hussin, Qal-G dan Yusuf Kassim, turut akan membuat persembahan di pentas utama, sekali gus mengetengahkan generasi baharu bakat muzik Malaysia.

    Barisan Penyampai Anugerah Terkenal

    Menambahkan lagi kemeriahan malam anugerah, AIM25 turut menampilkan barisan penyampai anugerah yang terdiri daripada artis dan personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan Malaysia.

    Barisan penyampai anugerah terdiri daripada:

    1. Amir Jahari

    2. Wany Hasrita

    3. Nisa Kasnon

    4. Anggrek

    5. Azeva

    6. Fattah Bolh

  • Salam

  • Aina Abdul

  • Kaka Azraff

  • Yonnyboii

  • Melissa Francis

  • Luqman

  • Iman Troye

  • HUJAN

  • Noraniza Idris

  • Lah Ahmad

  • Hazama

  • Dr. Soo Wincci

  • Rabbit Mac

  • Handy Gui

  • Stacy

  • Mila Jirin

  • Gabungan pengacara, barisan penghibur dan penyampai anugerah ini dirangka bagi mewujudkan pengalaman malam anugerah yang lebih menarik dan dinamik, selain mencerminkan keluasan serta kepelbagaian industri muzik Malaysia.

    Sokongan Kukuh Kerajaan Dan Industri Untuk AIM25

    Edisi Jubli Perak AIM25 direalisasikan menerusi sokongan padu daripada kerajaan, rakan strategik serta rakan kerjasama industri yang berganding bahu untuk membawa penganjuran anugerah muzik terulung Malaysia ini ke Sarawak buat kali pertama.

    AIM25 telah menerima Geran Acara Pelancongan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) bagi menyokong penganjuran edisi bersejarah ini di Kuching, Sarawak.

    Malam anugerah ini turut menerima peruntukan sebanyak RM950,000 daripada Kementerian Komunikasi menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK) yang akan disalurkan kepada sejumlah 16 pemenang AIM25 melalui MyCreative Ventures (MyCV).

    Barisan penaja rasmi AIM25 terdiri daripada:

    • AirAsia – Syarikat Penerbangan Rasmi

  • Orkid – Air Minuman Rasmi

  • Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) – Lokasi Rasmi

  • AIM25 turut mendapat sokongan daripada Rakan Strategik, iaitu AirBorneo, Kuala Cola, Maxim, Grand Margherita Hotel, Riverside Majestic Hotel, Riverside Majestic Astana Wing dan Sheraton Kuching, yang memainkan peranan penting dalam menyokong kejayaan penganjuran malam anugerah serta memperkaya pengalaman artis, penggiat industri dan para tetamu.

    Bagi sokongan radio, ERA, HITZ, MY FM dan RAAGA di bawah Astro Radio disamping CATS FM merupakan Rakan Radio Rasmi AIM25, sekali gus memperluaskan jangkauan AIM25 kepada khalayak di seluruh negara dan Sarawak.

    Kerjasama ini mencerminkan sokongan kukuh daripada industri dan sektor korporat terhadap AIM25, selain membolehkan penganjuran anugerah ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada artis, penggiat industri, para tetamu dan penonton di seluruh Malaysia.

    RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM25 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kementerian kerajaan, penaja, rakan kerjasama dan strategik yang terlibat atas sumbangan dan sokongan mereka dalam menjayakan edisi Jubli Perak AIM25 sebagai sebuah sambutan yang bermakna buat industri muzik Malaysia.

    Persembahan Bertaraf Bintang

    Detik Menjelang Malam Kemuncak Jubli Perak AIM25

    Malam kemuncak AIM25 akan berlangsung di BCCK, Kuching, Sarawak pada Sabtu, 26 September 2026, jam 9.00 malam, didahului dengan segmen karpet merah pada jam 8.00 malam.

    Acara ini akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh TVS menerusi Saluran 122 dan TVS Inspire, membolehkan penonton di seluruh Malaysia bersama-sama meraikan penganjuran AIM edisi ke-25.

    Dengan barisan artis bertaraf bintang, sokongan kukuh daripada kerajaan dan industri serta penganjurannya buat pertama kali di Sarawak, AIM25 dijangka menjadi sebuah sambutan bersejarah buat industri muzik Malaysia dalam mencapai kemuncak tahun Jubli Peraknya.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved