Siti Nurhaliza, HUJAN antara yang menggegarkan malam kemuncak AIM25

LocalMusic
9 Sep 2026 • 1:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Siti Nurhaliza, HUJAN antara yang menggegarkan malam kemuncak AIM25

KUALA LUMPUR: Malam Kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) edisi Jubli Perak mengumumkan barisan pengacara, persembahan dan penyampai anugerah bertaraf bintang pada hari ini yang akan menggegarkan anugerah berkenaan pada 26 September ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim, berkata, Anugerah Industri Muzik Ke-25 itu bakal menampilkan gabungan penyampai dan penghibur tersohor bagi meraikan ulang tahun ke-25 penganjurannya.

“Hari ini dengan penuh rasa sukacita, kami mengumumkan barisan hos, barisan penyampai trofi serta antara artis hebat yang bakal menghangatkan malam kemuncak AIM25 nanti.

“Persembahan daripada nama-nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, HUJAN, Judika, bersama rakan penyanyi dari Indonesia, Fajar Noor, membuktikan AIM25 benar-benar berada pada kemuncak keunggulannya,” katanya menerusi ucapannya, di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, hari ini.

Kata Rosmin, menambah kelainan edisi kali ini, empat finalis kategori Artis Baharu Terbaik turut diberikan peluang beraksi di pentas utama malam kemuncak berkenaan.

“Malam itu juga akan menyaksikan buat julung kalinya artis baharu yang berbakat besar seperti Razza Shah, Ary Hussin, Qal-G dan Yusof Kasim untuk menyerlahkan bakat mereka di hadapan khalayak ramai.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja utama, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Kementerian Komunikasi, DKK, MyCreative, Astro Radio, AirAsia dan Orchid kerana sokongan padu anda semua sedang menjadikan AIM25 satu acara muzik paling berprestij tahun ini.

“Akhir kata, saya menyeru semua peminat muzik untuk bersama-sama menyaksikan malam kemuncak AIM25 yang akan disiarkan secara langsung oleh TVS menerusi Saluran 122 bagi meraikan karya seni terbaik Malaysia di pentas berprestij ini,” katanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan media, antara penyampai anugerah yang dijadualkan hadir termasuk Barisan penyampai anugerah terdiri daripada, Amir Jahari, Wany Hasrita, Nisa Kasnon, Anggrek, Azeva, Fattah Bolh, SalamAina Abdul, Kaka Azraff, Yonnyboii, Melissa Francis, Lugman, Iman Troye, HUJAN, Noraniza Idris, Lah Ahmad, Hazama, Dr. Soo Wincci, Rabbit Mac, Handy Gui, Stacy dan Mila Jirin.

Sementara itu, bagi memeriahkan lagi pentas utama, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan daripada daripada Adira Suhaimi, Anggrek, Akim Ahmad, Alena Murang, Amir Masdi, Azlan Typewriter, Bunga, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Estranged, Fajar Noor, Firdhaus, Hael Husaini, Hafiz Suip dan HUJAN

Penganjuran edisi bersejarah ini mendapat sokongan geran RM1 juta daripada MTCP Sarawak serta peruntukan RM950,000 Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures.

The post Siti Nurhaliza, HUJAN antara yang menggegarkan malam kemuncak AIM25 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved