Malam Mahabbah Selangor di masjid negeri Ahad ini, tampil menteri wakaf Mesir

21 Feb 2025 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 21 FEB: Umat Islam dijemput hadir memeriahkan Malam Mahabbah Selangor sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 23 Februari.

Program yang menampilkan Menteri Wakaf Mesir Dr Usamah al-Sayyid Mahmud al-Azhari dan diserikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual bermula 8 hingga 10.30 malam meliputi dua sesi iaitu:

  • sesi 1: Bacaan Dalail al-Khairat & Penyampaian Ijazah (8.00 – 8.40 malam)
  • sesi 2: Tausiyah Perdana: Menghayati Ramadan Cara Salafus Soleh (9.00 – 10.30 malam)

Peserta boleh mendaftar dan mendapatkan teks (sesi 1) dengan menimbas kod QR di poster atau melayari www.turathislamiselangor.com

Selain Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Islam Selangor, acara tersebut turut dianjurkan bersama Menteri Besar Selangor (Perbadanan) atau MBI, Inisiatif Buku Darul Ehsan, Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath dan masjid negeri.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved