Malas mahu diet tapi bila tengok model dan mereka berumur 40-an, terus saya rasa tertekan – Liyana Jasmay

EntertainmentLifestyle
19 Nov 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malas mahu diet tapi bila tengok model dan mereka berumur 40-an, terus saya rasa tertekan – Liyana Jasmay

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem, Liyana Jasmay mengakui berasa tertekan untuk kembali mendapatkan tubuh langsing selepas melihat penampilan model-model yang masih kelihatan tegap meskipun sudah berusia 40-an.

Liyana, 38, berkata, ada kalanya dia berasa malas untuk melakukan diet dan mahu menerima keadaan tubuhnya yang kini lebih berisi berbanding sebelum ini.

“Kadang-kadang, rasa macam malas mahu diet. Biarlah tembam sikit badan ini. Tidak pernah lagi badan saya tembam macam ini yang ada isi.

“Selepas itu, tengok model-model Victoria’s Secret yang berusia 40-an, saya terus berasa tertekan dan mula fikir bahawa saya perlu kembali kurus serta kekalkan bentuk badan yang cantik,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, Liyana turut berasa hairan apabila merasakan wanita seolah-olah perlu berdepan tekanan untuk sentiasa menjaga penampilan dan bentuk badan.

“Kenapa jadi perempuan susah sangat? Rasa mahu sepak seseorang dan makan tiramisu dalam masa yang sama,” selorohnya.

Untuk rekod, filem lakonan Liyana Jasmay yang paling epik dan ikonik ialah Papadom (2009) arahan Allahyarham Afdlin Shauki, yang melayakkan beliau merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi watak Miasara.

Terkini, Liyana Jasmay membuat kemunculan sulung sebagai pengarah filem komersial menerusi Pemuja Syaitanyang mula ditayangkan di pawagam pada 15 Oktober lepas.

The post Malas mahu diet tapi bila tengok model dan mereka berumur 40-an, terus saya rasa tertekan – Liyana Jasmay appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved