“Malas Tengok” – Terpalit Kontroversi Buli Go Minsi, ‘Tastefully Yours’ Kini Dikritik Penonton Dek Hal Ini

EntertainmentLifestyle
27 May 2025 • 11:11 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Agak susah nak jumpa drama komedi romantik yang betul-betul membuai perasaan penonton dan membuatkan semua tak tidur lena.

Pada awalnya, “Tastefully Yours” berjaya menggamit perhatian penonton dek paparan unik mengenai dunia masakan di mana teraju utamanya, Go Min-si membawa watak tukang masak yang penuh dengan ilmu memasak berguna.

Malah cara penyampaian makanan yang disiapkan turut membuatkan semua menelan air liur kerana teringin merasainya. Walau bagaimanapun, plot itu sepertinya sudah beralih arah kini dan tiba-tiba memberikan fokus kepada cinta tiga segi apabila bekas kekasih watak Go Min-si yang dilakonkan Yoo Yeon-seok tiba-tiba muncul.

Ulas penonton,

  • “Rosaklah drama ni.”
  • “Bencilah babak klise K-Drama bila bekas kekasih muncul balik.”
  • “Kenapa Yoo Yeon-seok muncul sampai dua episod, bukan dia kameo je ke?”
  • “Dah lah 10 episod je..”

Untuk pengetahuan, “Tastefully Yours” mengisahkan tentang dua protagonis dengan latar belakang dan falsafah berbeza mengenai makanan namun menemui kesepakatan selepas bekerja.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.