Malayan Tigress raih tempat ketiga Piala Srikandi Merdeka

23 Aug 2026 • 6:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malayan Tigress raih tempat ketiga Piala Srikandi Merdeka
Malaysia B-17 meraih tempat ketiga setelah menewaskan Jordan 4-0 dalam saingan Piala Srikandi Merdeka 2026 di Kudus, Indonesia. Foto FB Persatuan Bolasepak Malaysia

SKUAD bawah 17 tahun (B-17) wanita negara menamatkan kempen Piala Srikandi Merdeka 2026 di tempat ketiga selepas membelasah Jordan 4-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia, sebentar tadi.

Skuad kendalian Fairuz Montana Zainal Abidin bangkit daripada kekalahan 1-5 kepada Thailand pada separuh akhir untuk menutup kempen dengan kemenangan bergaya.

Malayan Tigress membuka tirai jaringan seawal minit pertama selepas Eman Muhannad tertampan bola ke gawang sendiri.

You Lim kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-39 menerusi penyudah kemas selepas memperdayakan dua pemain pertahanan Jordan.

Jaringan itu menyaksikan You Lim terus menyerlah apabila meledak gol kelapannya sepanjang kejohanan.

Kapten Malaysia, Keisha Adeliena, menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-50.

Isabella Safiyya melengkapkan kemenangan 4-0 menerusi jaringan pada masa kecederaan.

Keputusan itu memastikan Malaysia B-17 mengakhiri saingan di kedudukan ketiga Piala Srikandi Merdeka 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved