Malaysia ada 16.1 juta tan metrik sumber REE

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 12:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia ada 16.1 juta tan metrik sumber REE

KUALA LUMPUR: Malaysia dianggarkan mempunyai sebanyak 16.1 juta tan metrik sumber unsur nadir bumi (REE), dengan sumber terbesar dikenal pasti di Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang dan Kedah.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, bagaimanapun, jumlah itu masih merupakan anggaran sumber teragak (inferred resources) dan bukannya rizab mineral yang telah disahkan berdaya maju untuk dilombong secara komersial.

“Berdasarkan kajian tinjauan awal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Malaysia dianggarkan mempunyai sebanyak 16.1 juta tan metrik sumber REE, dengan sumber terbesar dikenal pasti di Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang dan Kedah. 

“agaimanapun, angka tersebut merupakan anggaran sumber teragak dan bukannya rizab mineral yang telah disahkan berdaya maju untuk dilombong secara komersial. 

“Bagi meningkatkan tahap keyakinan terhadap anggaran sumber tersebut, JMG telah melaksanakan kajian eksplorasi susulan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dengan memberikan tumpuan kepada sumber REE jenis lempung jerapan ion (ion adsorption clay) dengan peruntukan RM1.89 juta. 

“Sehingga tahun 2025, sumber terukur yang dikenal pasti adalah sebanyak 274,887 tan metrik,”katanya di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang meminta kerajaan menyatakan apakah status semasa atau kemajuan yang telah dicapai dalam pembangunan REE khususnya di peringkat huluan iaitu eksplorasi, perlombongan dan perahan di negeri-negeri Kedah, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Tambah Arthur, usaha menilai potensi sumber REE negara diteruskan menerusi Projek Penilaian Potensi Sumber REE Fasa 2 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) bagi tempoh 2026 hingga 2030 dengan peruntukan sebanyak RM38.49 juta.

Beliau berkata, projek itu melibatkan kawasan penilaian seluas 160 kilometer persegi di 10 negeri. 

“Usaha ini diteruskan melalui Projek Penilaian Potensi Sumber REE Fasa 2 di bawah RMKe-13 bagi tempoh 2026 hingga 2030 dengan peruntukan sebanyak RM38.49 juta, melibatkan kawasan penilaian seluas 160 kilometer persegi di 10 negeri. 

“Bagi tahun 2026, sebanyak RM9 juta telah diperuntukkan bagi penilaian kawasan seluas 30 kilometer persegi di enam negeri dan sehingga Oktober 2026, sasaran keluasan kawasan penilaian tersebut telah dicapai sepenuhnya,”katanya. – UTUSAN

The post Malaysia ada 16.1 juta tan metrik sumber REE appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved