Malaysia Airlines akhirnya catat untung selepas 10 tahun rugi

22 Mar 2024 • 11:20 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Malaysia Aviation Group (MAG), sebelum ini dikenali sebagai Malaysia Airlines System (MAS) dilapor telah catatkan keuntungan tahunan pertama mereka dalam tempoh 10 tahun. MAG mencatatkan keuntungan sebanyak RM766 juta berbanding kerugian RM344 juta dalam tahun 2022.

image is not available
cof

Keberuntungan ini sangatlah diperlukan kumpulan itu dan ia hasil daripada pengukuhan pada segmen premium penerbangan, pengurusan kapasiti yang baik, peluasan laluan luar negara, dan kerjasama mendalam dengan pihak luar.

Contohnya, Malaysia Airlines Bhd. (MAB), syarikat yang mengendalikan perkhidmatan pesawat penumpang negara mencatatkan keuntungan besar dalam tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya apabila mampu menjual lebih 89% kerusi yang ditawarkan dalam sektor penerbangan domestik dan antarabangsa.

image is not available

Selain daripada MAB, syarikat penerbangan lain yang dioperasikan oleh MAG adalah seperti Firefly, MASwings, dan Amal. Untuk ketiga-tiga jenama ini, MAG tidak pula berkongsikan apakah prestasi kewangan semasa mereka.

Ada pelbagai inisiatif telah digerakkan MAB untuk menarik minat pengguna terbang bersama mereka. Misalnya, mereka dalam proses memodenkan barisan pesawat dengan tempahan 12 unit Airbus A330neo yang dijangka tiba dalam suku ke-3 2024 bersama-sama 8 lagi Boeing 737-8.

Di darat pula, MAS telah mengumumkan kerjasama dengan BMW Group Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran peribadi ke terminal penerbangan menggunakan kenderaan EV BMW i7.

Sumber: TheEdge

Bacaan berkaitan