Malaysia Airports tingkatkan kapasiti penumpang lebih 50 juta setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen, Turki

30 Dec 2025 • 11:25 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malaysia Airports tingkatkan kapasiti penumpang lebih 50 juta setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen, Turki image is not available liza30/12/2025 - 11:25 Lapangan terbang  Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG) - Gambar Malaysia Airports Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 30 Dis – Malaysia Airports mengukuhkan strategi pertumbuhan jangka panjangnya dengan pemodenan Terminal 1 di Lapangan terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG).

 

Projek ini adalah sebahagian daripada pelaburan berperingkat yang dijalankan bagi menghadapi permintaan penumpang yang semakin meningkat di lapangan terbang tersebut.

 

Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Mohd Izani Ghani berkata fasa pertama projek di lapangan terbang itu telah pun dirasmikan selepas kerja-kerja pemodenan dan pengoptimuman Terminal 1 selesai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Beliau berkata langkah ini menunjukkan pendekatan Malaysia Airports yang berfokus pada perancangan berstruktur dan pelaburan yang berpandukan permintaan sebenar penumpang.

 

“ISG merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di Turki dan antara pusat penerbangan yang berkembang pesat di Eropah, dengan lebih 40 juta penumpang setahun.

 

“Separuh daripada jumlah penumpang di ISG adalah penumpang antarabangsa dan ini penting untuk kami memastikan kapasiti dan proses operasi sentiasa selaras dengan pertumbuhan trafik.

 

“Projek pengembangan ini bernilai sekitar €70 juta dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

image is not available

 

image is not available

 

Kerjasama erat antara HEAŞ, yang mengurus operasi harian lapangan terbang serta Syarikat Pembangunan, Pelaburan dan Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen bersama Malaysia Airports memastikan projek ini dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

 

Salah satu ciri utama pemodenan Terminal 1 ialah jambatan penghubung sepanjang 240 meter yang menghubungkan Terminal 1 dan 2, iaitu yang pertama seumpamanya di Turki.

 

image is not available

 

image is not available

 

Beliau berkata jambatan ini memudahkan pergerakan penumpang, meningkatkan penggunaan ruang dan menjadikan pengalaman transit lebih lancar.

 

“Dengan siapnya Fasa 1, kapasiti gabungan Terminal 1 dan 2 dijangka melebihi 50 juta penumpang setahun.

 

“Terminal yang dipertingkatkan juga memperkenalkan 18 pintu berlepas tambahan serta kemudahan penumpang yang lebih moden dan mesra pengguna.

 

“ISG kini menyediakan perkhidmatan ke 154 destinasi di 54 negara dan telah melancarkan 25 laluan baharu tahun ini, memperkukuh peranan lapangan terbang itu sebagai pintu masuk antarabangsa utama,” katanya.

 

image is not available

 

image is not available

 

Tambahnya, projek ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap pelaburan jangka panjang dan pengurusan kapasiti secara terancang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Beliau menambah, pendekatan yang sama turut diaplikasikan di lapangan terbang Malaysia bagi meningkatkan aset, proses dan kapasiti, sambil mengekalkan standard perkhidmatan yang konsisten di seluruh rangkaian.

 

Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turki, Presiden Sekretariat Industri Pertahanan, Gabenor ISG dan pengurusan tertinggi HEAŞ, menandakan hubungan bilateral yang kukuh antara Malaysia dan Turki.- DagangNews.com

Terkini standard