Malaysia akan terus main peranan aktif dalam ASEAN - Anwar

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 1:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Malaysia akan terus main peranan aktif dalam ASEAN - Anwar
Anwar menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC.

MANILA - Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sebagai antara negara pengasas ASEAN, Malaysia kekal komited dalam menentukan hala tuju rantau ini, memperkukuh kesepakatan serta memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

"Malaysia akan terus berdiri teguh sebagai rakan serantau yang komited dalam membina ASEAN yang bersatu dan berdaya tahan, serta memastikan suara dan kepentingan rantau ini terus dihormati di persada antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Ahad.

Anwar berkongsi perkara itu selepas menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), di sini bersama-sama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sidang kemuncak itu dipengerusikan oleh Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr selaku Pengerusi ASEAN. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved