Malaysia, Kanada perluas Kerjasama perdagangan dan pelaburan

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 2:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia, Kanada perluas Kerjasama perdagangan dan pelaburan

PETALING JAYA: Malaysia dan Kanada akan terus memperkukuh persahabatan demi manfaat serta kemakmuran kedua-dua negara terutama dalam aspek perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut ditegaskan dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya Mark Carney semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila Filipina.

Katanya, dalam pertemuan itu, beliau turut bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan antarabangsa.

“Perbincangan turut menyentuh usaha memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga, ekonomi digital dan teknologi.

“Saya turut berkongsi perkembangan ekonomi Malaysia serta meneroka potensi kerjasama baharu, lebih-lebih lagi menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Kanada,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini. – UTUSAN

The post Malaysia, Kanada perluas Kerjasama perdagangan dan pelaburan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved