Malaysia Akan Terus Majukan Hubungan 2 Hala Dengan Thailand - Anwar

Politics
4 Dec 2022 • 8:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan rakan sejawatnya dari Thailand Prayut Chan-o-Cha, untuk memajukan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand.

Anwar berkata demikian mengulas perutusan tahniah daripada Prayut atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 di Facebook.

“Thank you my friend Prime Minister Prayut Chan-o-Cha for your kind wishes (Terima kasih sahabat saya Perdana Menteri Prayut Chan-o-Cha atas ucapan anda)," katanya sambil memuat naik surat ucapan tahniah daripada Prayut.

image is not available
Surat ucapan tahniah daripada Prayut.

Prayut dalam suratnya berkata beliau berharap dapat bekerjasama rapat untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala termasuk menjalin kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Saya yakin Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah visi dan kepimpinan anda dan hubungan kejiranan akan terus berkembang dan menghasilkan banyak manfaat bersama yang meluas untuk rakyat dan rantau kita,” kata Prayut.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 24 Nov.

Pada Februari, Malaysia dan Thailand mengesahkan komitmen mereka untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala, bekerjasama rapat mencapai sasaran perdagangan dua hala US$30 bilion menjelang 2025. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved