Malaysia Berhasrat Perkukuh Hubungan Dengan Somalia - PM

Politics
27 Nov 2022 • 10:09 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hassan Sheikh Mohamud dan Anwar Ibrahim - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Malaysia berhasrat untuk terus meneroka cara memperkukuh hubungan dua hala dengan Somalia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar berkata demikian ketika membalas ucapan tahniah daripada Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamud atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

“Terima kasih Presiden @HassanSMohamud atas ucapan anda. MaIaysia juga berhasrat untuk memperkukuh hubungan dengan Somalia bagi merealisasikan perkara yang saling menguntungkan kedua-dua negara,” ciapnya dalam hantaran di akaun Twitter.

Ketika mengucapkan tahniah kepada Anwar, Mohamud turut menzahirkan hasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Somalia.

 Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved