Tuntutan palsu: SPRM Sabah tahan lima penjawat awam

18 Jul 2023 • 2:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lima penjawat awam negeri kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan melibatkan beberapa daerah di Sabah berjumlah kira-kira RM61,000.

Menurut sumber, lima individu itu termasuk seorang wanita berusia antara 30 tahun hingga 50 tahun ditahan antara pukul 10 pagi hingga 12.30 tengahari ketika hadir di pejabat SPRM Sabah di sini pada Isnin. Kesemua suspek dipercayai mengemukakan penyata resit syarikat pengangkutan bagi tujuan pembayaran penghantaran barangan rumah dan kenderaan sedangkan perkhidmatan tersebut tidak pernah dilakukan,” menurut sumber berkenaan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Karunanithy berkata kesemua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut serta beberapa tangkapan lain juga mungkin akan dibuat dan lima individu itu akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini.

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more “Susulan daripada siasatan kes ini, pihak SPRM Sabah telah memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan mencadangkan beberapa penambahbaikan pekeliling perkhidmatan sistem dan prosedur berhubung tuntutan perpindahan di jabatan itu.

Beliau berkata kerajaan negeri Sabah juga telah menyambut baik khidmat nasihat dan kini dalam proses penambahbaikan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.