Malaysia Berduka Atas Kehilangan Yahya Sinwar, Kutuk Kekejaman Israel

19 Oct 2024 • 12:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Malaysia Berduka Atas Kehilangan Yahya Sinwar, Kutuk Kekejaman Israel

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Malaysia berduka atas kehilangan seorang pejuang dan pembela rakyat Palestin, Al Syahid Yahya Sinwar yang dibunuh ganas oleh rejim biadab Zionis.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mengutuk keras pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas itu dan ternyata percubaan rejim Israel untuk melemahkan tuntutan pembebasan Palestin tidak akan berjaya.

“Sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak, lantas memburukkan lagi situasi konflik,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan.

Semalam Hamas mengesahkan Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

Yahya Sinwar dilantik sebagai Ketua Biro Politik Hamas menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran pada bulan Ogos lepas.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved