Malaysia bermula garang di Piala Sudirman

28 Apr 2025 • 1:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sze Fei- Nur Izzuddin hadirkan kemenangan motivasi buat pasukan negara apabila mengatasi Cattoen- Renoir. Foto: Badminton Association of Malaysia - BAM

image is not available
Kapten pasukan negara, Jun Hao mengesahkan mata kemenangan negara dalam aksi Kumpulan C Piala Sudirman di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, China pada Isnin.

Skuad badminton negara memulakan kempen Piala Sudirman 2025 langkah kanan apabila menewaskan Perancis, 5-0 dalam perlawanan Kumpulan C di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, China pada Isnin.

Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei- Nur Izzuddin Rumsani memberikan mata pertama negara apabila dengan mudah mengatasi Mael Cattoen- Lucas Renoir.

Sze Fei- Nur Izzuddin tidak berdepan masalah menewaskan Cattoen- Renoir, straight set 21-11, 21-9 dalam masa 29 minit.

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei kemudian melebarkan pendahuluan pasukan negara apabila menewaskan LeOnice Huet, straight set 21-10, 21-19 dalam masa 33 minit.

Kapten pasukan negara, Leong Jun Hao yang melakukan penampilan sulung dalam kejuaraan berpasukan itu menghadirkan kemenangan negara.

**media[3103209]**

Bagaimanapun Jun Hao berusia 26 tahun yang mengesahkan kemenangan negara diberikan tentangan sengit setiap set sebelum menewaskan Arnaud Merkle, 22-20, 21-19 dalam masa 55 minit.

Sementara itu, beregu wanita nombor satu negara,Pearly Tan-M Thinaah meneruskan kutipan mata negara dengan menewaskan Margot Lambert-Camille Pognante, 21-13, 21-10 dalam masa 32 minit.

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai melengkapkan kemenangan bergaya negara apabila menewaskan Gregoire Deschamp-Elsa Jacob, 21-7, 21-19 dalam masa 29 minit.

Malaysia selepas ini akan berdepan Australia pada Selasa diikuti gergasi Asia, Jepun, pada 1 Mei.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved