Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia bukan bangsa yang bersembunyi di sebalik laungan dari jauh sebaliknya berani menyatakan kebenaran secara berdepan demi keamanan yang berkekalan di bumi Palestin.
Anwar berkata beliau sudah membawa pendirian Malaysia dan suara para pejuang keadilan dari seluruh dunia di hadapan Presiden Donald Trump.
Malaysia bukan bangsa yang bersembunyi

“Di hadapan Presiden Donald Trump, saya membawa pendirian Malaysia dan suara para pejuang keadilan dari seluruh dunia, menuntut agar Amerika Syarikat memastikan rejim Israel mematuhi gencatan senjata di Gaza.
“Kita bukan bangsa yang bersembunyi di sebalik laungan dari jauh. Kita berani menyatakan kebenaran secara berdepan demi keamanan yang berkekalan di bumi Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Malaysia bukan bangsa yang bersembunyi

Terdahulu, tindakan Anwar menggunakan platform forum ASEAN dalam sesi dialog bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dengan membangkitkan beberapa isu termasuk konflik di Gaza, telah menarik perhatian ramai.
Sumber: Facebook @Anwar Ibrahim


![Badminton Terbuka Hylo 2025 [LIVE] Jadual Perlawanan & Keputusan Semi Final](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)