Badminton Terbuka Hylo 2025 [LIVE] Jadual Perlawanan & Keputusan Semi Final

FootballSports
2 Nov 2025 • 12:32 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kejohanan Badminton Terbuka HYLO 2025 berlangsung di Saarlandhalle, Saarbrücken, Jerman dari 28 Oktober hingga 2 November 2025 dengan hadiah keseluruhan USD 475,000.

Bertaraf BWF Super 500, kejohanan ini menampilkan pemain terbaik dunia termasuk wakil Malaysia.

Ikuti di sini senarai pemain, keputusan dan jadual perlawanan LIVE sepanjang minggu kejohanan.

Pengenalan Badminton Terbuka Hylo 2025

Badminton Terbuka HYLO 2025 merupakan kejohanan badminton antarabangsa berprestij yang berlangsung di Saarlandhalle, Saarbrücken, Jerman dari 28 Oktober hingga 2 November 2025 dengan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD 475,000.

Kejohanan ini mempunyai sejarah panjang sejak tahun 1988, dan pernah dikenali dengan pelbagai nama seperti BMW Badminton Cup, BMW Open International, Bitburger Masters, Bitburger Open, serta SaarLorLux Open.

Dahulu ia ditaja oleh syarikat automotif Jerman BMW dan pengeluar bir Bitburger, namun sejak tahun 2021, penaja utama kejohanan ini ialah Hylo, sebuah jenama produk pelincir mata yang berpusat di Saarbrücken.

Pada tahun 2018, kejohanan ini dimasukkan ke dalam siri BWF Tour Super 100, sebelum dinaik taraf ke kategori Super 500 pada 2021 dan kemudiannya diturunkan ke Super 300 pada tahun berikutnya.

Menariknya, mulai 31 Mac 2025, Badminton Terbuka HYLO sekali lagi dinaikkan ke status Super 500 untuk musim 2025 dan 2026, menggantikan Canada Open yang diturunkan ke kategori Super 300 menjadikannya antara kejohanan penting dalam kalendar badminton dunia.

image is not available
image is not available
image is not available

Senarai Pemain Malaysia

Perseorangan Lelaki

  1. Leong Jun Hao
  2. Kok Jing Hong – Kelayakan
  3. Tan Jia Jie – Kelayakan

Perseorangan Wanita

  1. K. Letshanaa
  2. S. Kisona

Beregu Lelaki

  1. Aaron Chia-Soh Wooi Yik
  2. Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
  3. Man Wei Chong-Tee Kai Wun
  4. Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
  5. Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
  6. Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu Perempuan

  1. Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
  2. Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu Campuran

  1. Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
  2. Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien

Jadual Perlawanan Team Malaysia dalam Terbuka Hylo 2025

Live Hari Pertama Super 500 semuanya boleh ditonton di YouTube BWF: https://youtube.com/@BWF/streams

1 NOVEMBER 2025 (SABTU):

Court 1

Match 2 – 9.50 malam
Man Wei Chong / Tee Kai Wun (MAS) vs Sabar K. Gutama / M. Reza P. Isfahani (INDONESIA)

Nota: Jadual tertakluk kepada perubahan masa sebenar perlawanan.

image is not available

Keputusan Terkini Badminton Terbuka Hylo [1 November 2025]

Berikut keputusan terkini Badminton Terbuka Hylo 2025 bagi pemain-pemain negara:

  • Man Wei Chong-Tee Kai Wun Tee TEWAS kepada beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahan [16-21 15-21]

Siaran Langsung (LIVE) Badminton Terbuka Hylo 2025

Live Hari Pertama Super 500 semuanya boleh ditonton di YouTube BWF: https://youtube.com/@BWF/streams

Siaran TV hanya akan bermula R16 hari Khamis

Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari laman BWF di pautan berikut: https://bwfbadminton.com/

BACA JUGA:

Soalan Lazim

1. Apakah itu Badminton Terbuka HYLO?

Badminton Terbuka HYLO ialah kejohanan badminton antarabangsa bertaraf BWF World Tour Super 500 yang diadakan setiap tahun di Saarbrücken, Jerman.

2. Bila tarikh berlangsungnya HYLO Open 2025?

Kejohanan ini berlangsung dari 28 Oktober hingga 2 November 2025.

3. Di mana lokasi kejohanan ini diadakan?

Semua perlawanan dijalankan di Saarlandhalle, An der Saarlandhalle 1, Saarbrücken, Jerman.

4. Berapakah jumlah hadiah yang ditawarkan?

Jumlah hadiah keseluruhan bagi edisi 2025 ialah USD 475,000.

5. Siapa penaja utama kejohanan ini?

Penaja utama ialah HYLO, jenama produk penjagaan mata dari Jerman yang mengambil alih tajaan sejak tahun 2021.

6. Adakah kejohanan ini disiarkan secara langsung (LIVE)?

Ya, anda boleh menonton siaran langsung HYLO Open 2025 melalui saluran rasmi BWF TV di YouTube atau platform Astro Sports.
Untuk makluman, Live Hari Pertama Super 500 semuanya boleh ditonton di YouTube BWF:
https://youtube.com/@BWF/streams
Siaran TV hanya akan bermula R16 hari Khamis

7. Adakah pemain Malaysia turut bertanding?

Ya, beberapa pemain utama Malaysia dijangka menyertai acara perseorangan dan beregu bagi merebut mata ranking dunia.

8. Apakah status kejohanan ini dalam kalendar BWF?

Mulai tahun 2025, HYLO Open dinaik taraf semula ke kategori Super 500 selepas penurunan sementara ke Super 300 pada musim sebelumnya.