Malaysia Di Ranking Ke-12 Kualiti Jalan Terburuk Di Dunia – Kajian

3 Oct 2022 • 1:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak akhir-akhir ini memang tidak dapat dinafikan banyak berita mengenai kemalangan maut melibatkan pengguna jalan raya.

Meskipun ada yang menyifatkan kemalangan ini berlaku akibat kecuaian mangsa, ada juga yang mengatakan faktor kualiti jalan yang buruk juga boleh menjadi punca.

image is not available

Malaysia ranking ke-12 kualiti jalan terburuk dunia

Walau bagaimanapun, menerusi satu kajian yang dijalankan firma pendidikan pemandu, Zutobi, Malaysia telah disenaraikan nombor ke-12 kualiti jalan terburuk di dunia.

Menurut FMT, data dari kajian itu menunjukkan kualiti jalan di Malaysia telah menurun sebanyak 5% dalam tempoh 5 tahun dan menjadi negara kedua dengan jumlah tertinggi kematian jalan raya pada 22.76 per 100,000 orang.

image is not available

Lebih daripada 22 kemalangan maut di jalan raya per 100,000 telah berlaku di lebuhraya Malaysia, yang mana menjadikan ia nombor kedua dalam jumlah kemalangan maut jalan raya di dunia selepas Arab Saudi,” menurut laporan.

Menerusi kajian itu juga, negara Kuwait telah disenaraikan sebagai negara yang mempunyai jalan terburuk dunia diikuti dengan Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.

Kuwait juga merupakan negara nombor tiga bilangan kematian jalan raya yang tertinggi di dunia dengan jumlah 19 per 100,000.

Skor keselamatan Malaysia rendah berbanding Singapura

Kajian juga mendapati daripada 59 negara, Malaysia mendapat skor keselamatan sebanyak 3.32 dari 10 mata berdasarkan 4 faktor iaitu kualiti jalan, penambahbaikan pada kualiti jalan, kematian jalan raya dan saiz relatif perhubungan jalan.

image is not available

Dalam pada itu, negara jiran, Singapura telah mendapat skor tertinggi dengan jumlah kemalangan jalan raya terendah iaitu 1.69 per 100,000.

Dalam satu kajian lain dari Zutobi pada Mei lalu, Malaysia juga telah disenaraikan antara 10 negara yang berbahaya untuk memandu bersama negara lain seperti Thailand, India, Argentina, US dan Afrika Selatan.

Walau bagaimanapun, Malaysia telah mendapat nombor terendah dalam kemalangan membabitkan alkohol sebanyak 0.1%, meskipun had kepekatan alkohol dalam darah bagi negara kita antara yang paling longgar bagi pemandu iaitu 0.08%.

Hati-hati di jalan raya ye korang. Harap pihak berkuasa dapat buat penambahbaikan yang sewajarnya pada jalan raya yang uzur dan berbahaya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.