"Malaysia Dibuli AFF!" - Azmi Murad Digantung Dua Perlawanan, Denda USD1000

3 Jan 2023 • 11:17 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Insiden panas ketika perlawanan peringkat kumpulan antara Harimau Malaya dan Vietnam masih belum reda. Terkini, pemain pertahanan skuad kebangsaan, Azam Azmi Murad digantung dua perlawanan dan didenda USD1000 selepas insiden yang membabitkan beliau dan pemain Vietnam, Doan Van Hau.

Menerusi mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Etika Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) mendapati Azam bersalah dalam insiden kekasaran pada aksi yang berlangsung di Stadium My Dinh.

image is not available

Selain itu, Azam Azmi juga perlu membayar denda sebanyak USD1000 yang mana perlu dijelaskan dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan yang dibuat iaitu pada 2 Januari 2023.

Keputusan tersebut jelas menjejaskan moral skuad kebangsaan dan membangkit rasa amarah para penyokong kerana berasa Malaysia dianaktirikan.