Malaysia duduki tangga kedua, beri tekanan pada pemandu baru belajar

29 Jul 2024 • 9:22 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Belajar memandu bukan perkara yang mudah bagi sesetengah individu lebih-lebih lagi apabila terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas, lampu isyarat, kenderaan berat dan bermacam-macam lagi.

Oleh disebabkan itu juga, ada yang berjaya dalam ujian memandu dan ada yang terpaksa mengambil beberapa kali ujian sehingga berjaya.

Tapi, tahukah anda, Malaysia direkod sebagai negara kedua yang paling memberi tekanan kepada mereka yang baru belajar memandu.

image is not available

Kajian yang dibuat menerusi jaringan Zutobi itu menunjukkan Malaysia mencatat skor sebanyak 2.38 dan berada di bawah kedudukan Poland yang mencatatkan skor 2.14.

Menerusi kajian berkenaan juga, situasi ini berlaku disebabkan beberapa faktor yang menyumbang. Antaranya, kadar kemalangan yang tinggi, kesesakan lalu lintas, kematian akibat kemalangan, bilangan kenderaan berdaftar dan kualiti jalan raya.

Katanya, walaupun jalan raya di Malaysia merupakan jalan raya yang komprehensif di Asia, tetapi tidak dapat mengelakkan daripada perkara ini berlaku.

image is not available

Singapura pula menduduki tangga teratas sebagai negara yang kurang memberi tekanan kepada mereka yang baru belajar memandu dengan skor sebanyak 8.27 daripada 10.

image is not available

Sumber: Zutobi