Malaysia gesa PBB utamakan pencegahan krisis di Gaza

27 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Malaysia gesa PBB utamakan pencegahan krisis di Gaza

NEW YORK, 27 SEPT: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti beralih daripada sekadar bertindak balas terhadap krisis kepada usaha pencegahan dan tugas itu adalah paling mendesak di Gaza, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata PBB tidak sepatutnya hanya bertindak selepas bencana berlaku dengan mengira jumlah korban, menghantar bantuan dan membina semula apa yang telah musnah, hanya untuk menunggu krisis seterusnya.

“Ini tidak boleh menjadi masa depan sistem fahaman pelbagai pihak (multilateralisme). Kita mesti beralih daripada reaksi kepada pencegahan,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada Debat Umum UNGA ke-81 di sini semalam.

Mohamad berkata tiada tempat lain yang memerlukan tugas itu dilaksanakan dengan segera melainkan di Gaza.

Beliau berkata Malaysia dan banyak negara anggota lain telah berusaha sedaya upaya dalam menuntut keadilan untuk Gaza, termasuk secara konsisten menggesa gencatan senjata serta-merta dan penghantaran bantuan tanpa sekatan.

“Kami telah menyokong kerja-kerja kemanusiaan di Palestin. Kami telah mendesak tindakan punitif terhadap Israel. Dan kami telah memperjuangkan keanggotaan penuh Palestin di Dewan ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kehendak bersama Perhimpunan Agung berulang kali tersekat berikutan kesan pembatalan daripada kuasa veto.

“Malaysia akan bercakap secara berterus-terang: Kami sudah muak dengan keadaan ini,” katanya.

Mohamad berkata Malaysia akan terus menyokong usaha untuk mengukuhkan sistem multilateralisme dan memastikan ia dapat bertindak balas secara berkesan terhadap konflik dan krisis kemanusiaan.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 73,000 rakyat Palestin telah terkorban manakala lebih 174,000 lagi cedera di Gaza sejak Oktober 2023.

Mohamad berada di New York dari 23 hingga 27 September bagi mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved