‘Malaysia helwah! Helwah!’

18 Aug 2024 • 8:24 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Jumaat lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang tercedera telah tiba di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Rakyat Palestin termasuk kanak-kanak yang cedera menerima rawatan awal di Hospital Medan di pangkalan berkenaan.

Ketibaan mereka disambut baik oleh rakyat Malaysia yang sangat mengalu-alukan kedatangan mereka.

Video tular di TikTok yang dipercayai merupakan seorang kanak-kanak lelaki Palestin keriangan ketika meninjau dari pesawat meraih perhatian ramai.

“Malaysia helwah (cantik), Malaysia Helwah!” katanya tersenyum gembira.

Jelas kegembiraan terpacar di wajahnya melihat bumi Malaysia dari udara.

Dalam pada itu, menerusi satu laporan, Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia diatas usaha ini.

“Tidak terkira ucapan terima kasih yang ingin saya sampaikan kepada Malaysia, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” katanya.

The post ‘Malaysia helwah! Helwah!’ appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved