
KUALA LUMPUR – Sebuah video yang dikongsi di TikTok oleh pengguna, Yaya Farhana, tular selepas memaparkan simbolik persaudaraan dua negara serumpun.
Simbolik Harimau & Garuda
Dalam video itu, seekor harimau yang mewakili Malaysia dilihat membantu burung garuda yang mewakili Indonesia ketika sedang sakit, menggambarkan ikatan erat kedua-dua bangsa. Momen tersebut mengundang pelbagai komen menyentuh hati daripada netizen di Malaysia dan Indonesia.
Kisah Seorang Anak dan Ayah
Seorang netizen berkongsi kisah perbualannya bersama ayahnya. Katanya, “Kenapa di saat Indonesia sakit, kita sebagai rakyat Malaysia juga rasa sakit?” Lalu dijawab ayahnya, “Sebab kita satu agama, satu bangsa yang dipisahkan oleh bendera.”
Kata-Kata Semangat Buat Indonesia
Seorang lagi menitipkan kata-kata semangat buat Indonesia. “Garuda jangan lama rebah, bangkitlah semula. Kami dari Malaysia percaya, bila Indonesia kuat, serumpun ini jadi gagah. Luka cuma ujian, tapi sayapmu ditakdirkan untuk terus melawan angin.”
Pesanan Bermakna Netizen
Ada juga yang menyampaikan mesej penuh makna. “Kalau kamu mengawasi dari udara, biar aku yang mengawasi di daratan. Cepat sehat ya saudaraku, aku tiada tempat bermain selain kamu.”
Harapan dan Permintaan Maaf
Seorang pengguna lain pula menulis, “Hallo Malaysia, seandainya kami hancur nanti, tolong jaga ASEAN ya, dan jangan lupakan kisah kita berdua.”
Tidak ketinggalan, ada juga yang tampil memohon maaf. “Maafkan aku ya, suka komen kasar pada posting warga Malaysia.”
Penghargaan Buat Malaysia
Seorang lagi meluahkan penghargaan mendalam. “Hanya rakyat Malaysia yang ngasih bahu untuk rakyat Indonesia.”
Ikatan Serumpun Kukuh
Video tersebut jelas membuktikan bahawa ikatan persaudaraan Malaysia-Indonesia sebagai bangsa serumpun masih kukuh walaupun dipisahkan sempadan negara.
Lebih daripada sekadar komen di media sosial, kata-kata yang lahir ini mencerminkan hubungan istimewa yang terbina sejak sekian lama. Saat satu pihak dilanda kesusahan, pihak lain hadir memberikan sokongan moral tanpa mengira sempadan.
Inilah bukti bahawa Malaysia dan Indonesia bukan sahaja jiran, tetapi saudara serumpun yang akan terus berdiri bersama dalam suka mahupun duka. – The Malaysian Update
The post Malaysia-Indonesia Serumpun, Video Solidariti di TikTok Tular dan Undang Rasa Sebak Netizen appeared first on The Malaysian Update.



