Pakej Internet Akan Jadi Lebih Murah September Ini – Fahmi Fadzil

31 Jul 2023 • 5:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan harga langganan internet dijangka lebih murah menjelang September ini. Ia apabila Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) telah diguna pakai.

Menerusi Berita Harian, MSAP akan menyaksikan harga borong internet bakal dikurangkan dan menjadi lebih murah.

“Jadi Insya-Allah menjelang bulan September, harga internet jadi lebih murah… kalau sebelum ini murah, tetapi kali ini (jadi) lebih murah.”

image is not available

Walau bagaimanapun, pada 11 Julai lalu, pengurangan harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar berdasarkan MSAP boleh dilaksanakan seandainya ada perjanjian akses dimeterai antara pembekal perkhidmatan.

Pada Februari lalu, kerajaan telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang bertujuan membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga tua. Pakej tersebut ada kontrak langganan semasa 24 bulan dengan harga RM69 sebulan di mana ia mengandungi kelajuan internet 30Mbps dengan data tanpa had.

Dalam pada itu, Fahmi juga memperkenalkan dasar baharu “di mana ada jalan, di situ ada internet” untuk pastikan yang masyarakat boleh mendapat akses internet dengan lebih meluas.

image is not available

Dasar itu diusahakan oleh KKD bersama syarikat telekomunikasi gergasi, ia akan bermula di kawasan jalan raya termasuk jalan utama.

“Kita semua mesti usaha segera, realitinya kita boleh bercakap, berkompang dan rasa bermegah dengan adanya 5G tetapi rakyat masih dambakan akses asas 4G di mana sahaja mereka berada.”

Dalam pada itu, Fahmi turut memuji kesediaan dan komitmen beberapa syarikat telekomunikasi yang bersetuju menandatangani perjanjian akses untuk pelaksanaan 5G selain pelaksanaan Pakej RAHMAH.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.