Malaysia ke separuh akhir skuasy berpasukan remaja wanita dunia

27 Jul 2023 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aira (kiri) dan Thanussa penyumbang mata negara.

MALAYSIA meneruskan momentum cemerlang apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Wanita Dunia 2023 selepas menundukkan Kanada 2-0, di Melbourne, Australia, pada Khamis.

Pada saingan suku akhir di Pusat Sukan dan Akuatik Melbourne (MSAC), Aira Azman yang baru sahaja dinobatkan selaku naib juara perseorangan remaja dunia, baru-baru ini, tidak berdepan masalah untuk menyumbang mata pertama negara.

Pemain berusia 19 tahun itu mengalahkan Ocean Ma 11-7, 11-8, 11-0 dan U. Thanussa mengesahkan kemaraan negara ke pentas separuh akhir dengan menewaskan Maria Min 11-9, 11-9, 11-8.

Malaysia akan bertemu Amerika Syarikat di pentas separuh akhir esok.

Amerika Syarikat mara ke separuh akhir selepas menewaskan India 2-1 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

"Ia satu keputusan yang sangat baik daripada skuad wanita. Bagaimanapun. tugas mencabar menanti apabila bertemu Amerika Syarikat esok,” kata jurulatih pasukan, Andrew Cross ketika dihubungi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved